FBI Dikunjungi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

SELASA I 26 JULAI 2022 – Wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI).

Rombongan DBP diketuai oleh Pengarah Penerbitan DBP, Tuan Haji Razali Che Mat. Turut hadir En Mohd Azam Juhari, Pengarah DBP (Wilayah Timur), En Abd Kadir Mohd Ayub, Ketua Pengarang Majalah Masyarakat DBP, En Muhamad Ikhram Fadhly Hussin, Perancang Bahasa (Sastera), dan Pn Zahani Che Ismail, Perancang Bahasa (Penerbitan).

Kunjungan hormat itu bertujuan membincangkan kerjasama strategik antara FBI dan DBP khususnya dalam penerbitan. Delegasi DBP diterima oleh pengurusan FBI. Diharapkan lawatan ini akan mencetus lebih banyak kerjasama yang bermanfaat untuk kedua-dua institusi.